Tips Penjagaan
Untuk Jangka Hayat Pakaian Lebih Lama
1. Asingkan pakaian
Asingkan pakaian putih dan berwarna serta jenis kain (cth: cotton, wol dan sintetik.
2. Deterjen Yang Sesuai
Gunakan deterjen yang tepat mengikut jenis dan warna pakaian. Deterjen khusus untuk pakaian berwarna dan putih boleh membantu menjaga warna dan kebersihan pakaian.
3. Deterjen Terlalu Banyak
Jangan terlalu banyak mengunakan deterjen kerana deterjen yang berlebihan membuatkan pakaian terkumpul sisa deterjen dan pakaian akan mudah berbau hapak.
4.Pakaian Terlalu Penuh!
Jangan mengisi pakaian terlalu penuh di dalam mesin cuci agar pakaian boleh bergerak bebas dan tercuci dengan lebih baik dan bersih.
5. Aras Air Yang Sesuai
Gunakan aras air yang bertepatan sesuai dengan kuantiti pakaian.
6.Jauhi Pemutih Berlebihan
Hindari pemutih berlebihan untuk mengharang merosakkan fabric/kain.
7. Pelembut Yang Sesuai
Gunakan pelembut kain untuk melembutkan pakaian dan mengurangkan geseran . Tujuannya supaya fabric/kain tidak cepat haus atau menipis.
8. Cucian Tangan Perlukah ?
Bagi fabrik/kain yang halus seperti sutera dan pakaian yang mempunyai gambar lukisan tangan. Eloklah mengunakan cucian tangan untuk menjaga kualiti kain dan juga gambar tersebut.
9. Keringkan Dengan Cepat
Segera keringkan pakaian setelah dicuci untuk mencegah bau hapak dan kedutan.
10. Lipat dan simpan
Lipat dan simpan dengan baik setelah dicuci dan dikeringkan, lipat pakaian dengan rapi dan simpan di almari yang bersih dan kering. Hindari menumpuk terlalu banyak pakaian di dalam almari agar tidak merosakkan bentuk dan kualiti kain.
Diharap dengan mengikuti tips ini, dapat menjaga pakaian anda agar tetap bersih, awet dan terjaga kualitinya.